Amacam harganya! Normal la kan kat tempat-tempat tinggi.
Bukan diet ek! Dah sepinggan melantak baru pekena roti.
Inilah villa mewah ku! (berangan!!)
Anggur!? Eh...bukan..cuba teka?
Nak balik ke Resort....
Takut nagn bola yang berlambak-lambak tu!
Abang-abang kena turun padang.
Adib ni suka bergambar. Mcm2 gaya!
Cantik beranda ni!
Ni kat tempat Rabbit Park.
Ini Rusa Cina.
Ini keldai yang dikacuk dengan kuda. Keldai asli, x sempat ambik
Banyakkan!
Cantikkan!
Ni kat Hutan Lipur Lentang.
Main pasir....
Sejukkkkkkkk......nak balikkkk.....
Oh! Ada lagi gambar2 yang tertinggal
Tolonggggg...............
JAUH PERJALANAN LUAS PANDANGAN
Percutian sempena cuti sekolah ini, menjadikan Jas dan suami sanggup meredah ke Bukit Tinggi untuk membawa anak-anak bersantai sambil melihat resort yang lain daripada yang lain. Ala-ala France katakan! Satu lagi.....kawasannya diatas bukit membuatkan jiwa rasa tenang melihatkan bukit bukau hutan hujan tropika sambil menghirup udara segar dan sesekali kedengaran bunyi unggas dan ungka. Wah! Lama sungguh tak menikmatinya. Walaupun percutian ini hanya mengambil masa 2 hari 1 malam, ianya cukup menambat hati anak-anakku.
Antara tempat-tempat yang kami lawati ialah Botanical Garden, Japanese Tea House dan Rabbit Park. Dikawasan Rabbit Park terdapat juga binatang seperti keldai dan rusa dan ianya menjadi tempat terakhir yang kami lawati di Berjaya Hills sebelum pulang ke KL.
Sebelum sampi KL, sempat juga kami singgah ke Hutan Lipur Lentang. Saja melihatkan keadaan sekitarnya. Namun anak-anak lelakiku mengambil kesempatan untuk bermandi-manda.
COLMAR TROPICALE memang best... Suatu kenangan yang pasti tak kan saya lupakan ketika sempat berkunjung ke sana beberapa tahun yang lepas..... Tempat yang cantik dengan pemandangan2 yang memukau... macam kat luar negara kan??? jemput2lah melawat ke FP saya.......