 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: Jasfarina Jaafar
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Friday, 14-Nov-2008 23:15 |
Email | Share | Bookmark |
|
EPILEPSY
|
|
Petang tadi, aku ke Mid Valley untuk menghadiri mensyuarat exco Kelab Pidato. Semua ahli exco hadir dan kami memilih untuk bermesyuarat di restoran Burger. Kami duduk dibahagian luar. Sedang kami bermesyuarat membincangkan hal-hal kelab tiba-tiba kami terperanjat kerana kedengaran suasana bising dikawasan dekat tempat kami duduk. Aku ternampak seorang pemuda jatuh kelantai manakala 2 orang lagi rakannya terpinga-pinga. Entah kenapa kaki aku meluru ke arah mereka meninggalkan rakan ahli yang lain. Melihatkan keadaan pemuda yang jatuh tadi.......oh! EPILEPSY rupanya! Kasihan! 2 orang rakannya bertanyakan pada aku apa sebenarnya yang berlaku pada rakannya kerana mereka tak pernah manghadapai situasi begini. Macamlah aku ni kawan dia. Takpelah! Dengan niat membantu sesama manusia, aku jelaskan padanya dan aku suruh dia pastikan supaya rakannya yang kena Epilepsy tadi supaya sentiasa dalam keadaan mengiring. Ini perkara yang paling penting agar pesakit tak lemas. Yang peliknya, kenapa pihak pengurusan restoran Burger tersebut lambat membantu sedangkan pemuda-pemuda tersebut merupakan pelanggan mereka. Aku berasa sedih dengan sikap sebegini!
Bukannya aku nak tunjuk yang aku ni terlebih prihatin! Tapi aku terkenangkan yang aku juga mempunyai 2 orang anak yang mengalami Epilepsy. Apakah perkara yang berlaku itu akan berlaku juga pada anak-anakku ketika mereka dewasa kelak? Ya Allah! Pada Engkaulah aku memohon dan berserah agar anak-anakku sentiasa sihat dan selamat.
Disepanjang perjalanan pulang kerumah selepas mesyuarat tersebut aku menangis kerana memikirkan nasib anak-anakku.
Pada mereka yang tidak tahu apa itu Epilepsy, disini inginku huraikan secara ringkas untuk pengetahuan kita bersama.
Epilepsi berpunca daripada gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan, menyebabkan penderitaan serius. Ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui. Ia dapat dilihat dalam bentuk sentakan (jerky), menggigil dan terkejang-kejang, bunyi kuat seperti berdengkur atau rebah ke tanah, atau gabungan ketiga-tiganya. Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala.
Epilepsi boleh dihidapi oleh sesiapa saja. Ini termasuklah mereka yang bijak pandai dan golongan profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan sebagainya. Adalah dianggarkan, sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka manakala kira-kira dua juta kes baru dilaporkan setiap tahun.
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|