 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
 By: Jasfarina Jaafar
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Saturday, 1-Nov-2008 17:12 |
Email | Share | Bookmark |
|
RAHSIA MELABUR DALAM UNIT AMANAH - Sunthara Segar
|
|
“Unit amanah adalah ciptaan yang sesuai bagi individu yang tidak mempunyai masa ataupun motivasi bagi menguji kebolehan mereka dengan pasaran saham dan bagi orang yang hanya ada modal kecil tetapi berhajat besar mahu melabur dalam pasaran saham”
-Peter Lynch
Pengurus dana terkenal
Buku ini dapat memberikan informasi bagi mereka yang baru dan ingin mengetahui apa itu Unit Amanah. Selepas anda baca buku ini, saya pasti anda akan mendapat gambaran yang jelas antara pelaburan unit amanah dan pelaburan terus ke dalam pasaran saham. Lebih kurang berkenaan konsep ‘serupa tapi tak sama’.
Antara tajuk-tajuk yang terdapat didalam buku ini :
1. Perlukah melabur dalam unit amanah
2. Keistimewaan unit amanah kepada pelabur
3. Mengurus pelaburan dengan cekap
4. Asas merancang kewangan
5. Proses perancangan kewangan 6 langkah
6. Unit amanah sebagai alat perancang kewangan
7. Merancang persaraan denagn pelaburan unit amanah
8. 8 mitos berkenaan unit amanah
8 Mitos Unit Amanah
Unit Amanah Sama Dengan Saham
Ramai pelabur menganggap unit amanah sama dengan bermain saham. Ini menyebabkan mereka cuba menilik pergerakan saham. Ada yang bernasib baik tetapi ramai yang gagal. Mereka ini juga akan melabur secara terburu-buru dan cuba mengejar keuntungan yang tinggi dalam masa yang singkat. Jadi mereka tidak mempraktikkan strategi ataupun memberi masa kepada pelaburan agar ianya bercambah.
Unit Amanah Adalah Pelaburan Berisiko Tinggi
Antara sebab yang menjadi penghalang. Maka mereka akan menyimpan dalam simpanan tetap atau akaun yang memberi pulanagan yang kecil dan kadang-kadang sama atau pun lebih rendah daripada kadar inflasi. Akibatnya wang simpanan hilang kuasa beli dan simpanan cepat menyusut.Hakikatnya unit amanah kurang berisiko berbanding saham.
Unit Amanah Pelaburan Yang Mahal
Yang manakah lebih murah, melabur terus dalam pasaran saham ataupun melabur dalam unit amanah melalui pengurus dana profesional.(boleh lihat data yang disediakan dalam buku tersebut)
Lebih Kecil Harga Unit Lebih Banyak Untungnya
Kesilapan ini berpunca kerana menganggap ianya sama seperti saham. Jadi ditekankan lagi bahawa UNIT AMANAH BUKANNYA SAHAM. Hakikatnya prestasi sesuatu dana tidak bergantung pada harganya tetapi pada prestasi aset-aset dibawah pegangannya.(Lihat contoh yang diberikan dalam buku tersebut)
Memilih Dana Semata-mata Kerana Prestasi Lampau
Bukannya hanya pelabur-pelabur, malah perunding dan penasihat kewangan juga terpengaruh dengan mitos ini. Sebenarnya ianya hanya sekadar panduan. Penekanan yang lebih penting adalah: Proses pelaburan yang digunakan oleh pengurus dana, Mengenali pasukan pengurus itu, Kekuatan organisasi yang terlibat dalam pembentukan dana, Harga dan darjah perubahannya, Yuran pengurusan dan Nisbah perbelanjaan.
[u]Melabur Dalam Dana Baru Lebih Menguntungkan[/u]
Mitos ini juga dikenali sebagai mentaliti IPO(Initial Public Offering). Membeli saham IPO ada 2 kebaikan namun dalam unit amanah ianya mempunyai mekanisma yang berbeza. Tetapi tidak salah jika bertujuan: Memperolehi diskaun ataupun unit percuma, Mendapat faedah-faedah yang tidak terdapat dalam dana sedia ada seperti pelaburan baru sektor bioteknologi ataupu emas dan Dana baru menawarkan objektif pelaburan yang sesuai dengan citarasa kita.
Lebih Kerap Pengagihan Untung, Lebih Bagus Dana itu
Jangan terpengaruh dengan promosi pengisytiharan bonus ataupun dividen. Keputusan melabur perlu berdasarkan pada ciri-ciri dana, kecekapan pengurus dana, profil pelaburan dan wawasan kewangan. (Jadual bagaimana pengagihan berfungsi disertakan)
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
 |
|
|
|